dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha pengasihani
assalamualaikum. dalam hidup semorang mesti akan ade hari yang bagi korang paling suwey la. malang gila. nasib tak berapa nak baik dan yang sama waktu dengannya. tak kira la macam mane pon hari yang korang lalui tu, tapi konfirm mesti akan ade yang suwey punye. ker berlaku dekat aku sorang jea? -_- aihhh. ape lah nasibb.
semalam hari jumaat. hari cuti dah start. hari aku sepatutnya balik nilai awal sebab hari jumaat tu kelas aku satu jea. mase tu agak bernasib baik jugak la sebab kelas habis awal daripada yang dijangkakan. well kelas tutorial jea pon kan. aku ingat nasib aku baiklah hari nih. masih awal lagi untuk kehidupan ni menunjukkan macam mana dugaan hidup sekarang nih. puih. abes kelas tu terus direct jumpa lecturer aku nak bagi assemen. nasib agak baik sikit sebab tak lama pon nak jumpa dia. kejap jea. then terus balik rumah sewa. niat nak amek passport pukul 2.45 petang. masa tu baru pukul 12.30. gedebak gedebuk kemas rumah, kemas baju ape sume dah pukul 3.30 termasuk berapa lama amek keputusan untuk mekap. typical ladies guyss. macam tak biasa. -_-
pukul 3.30 aku keluar amek passport, alhamdulillah masa tu takde halangan langsung. cuma agak tak sedap hati jugak la since aku tengok minyak kereta dah nak habis. kira kalau aku bawak 100 nih mau berenti aku tetengah jalan. kesian princess sorang nih. nasib baik dalam bank ade baki duit sikit. so boleh lagi lah isi minyak sikit untuk aku balik nilai. mase tu dah pikir nak isi minyak dekat shell belakang umah sebab dekat situ ade bank. sampai sana, dengan muka yang cover cute sebab masa tu aku memang tengah cun melecun, pegi la bank. keluar kan duit. sekali tak dapat. ade problem kata si mesin atm itu. 2-3 kali try. masih tak dapat. damnnn. macam mane nih. ha takpe2, dalam 500 meter ade lagi stesen minyak sebelum toll batu 3. so pegi situ. sekali takde plakkkk atm mesinnnnn. damn lagi sekali.
mase tu rasa macam nak patah balik menara u. tapi tgk minyak, oke masih sempat untuk smpai dekat stesen mnyak subang. mase tu bawak pon 60-70 jea. memang slow. sampai jea stesen minyak dekat subang tuh, tengok dulu ade signboard atm ke tak, ade. alhamdulillah. masuk. sekali. tak on! rosak! damn again n again. bergenang dah air mata nih. awaaa saia tak kuaddd. haha. cembeng gila kot minah sorang nih. tgk minyak lagi sekali. dgn niat tawakal, oke masih sempat untuk sampai ke rnr dengkil. bawak la 60-70. memang tak mengizinkan diri untuk bawak lebih dari 70. bayangkan betapa lajunya kura-kura daripada makcik johana aku nih. kesian makcik. sambil bwk, hiburkan diri dengan lagu-lagu. sampai jea rnr dengkil, ade 2 stesen minyak. singgah petron dulu. tak boleh guna!!!! demmiittttt!!!! takper. shell ade kat sebelah. dengan harapan yang menggunung setinggi gunung everest, pergi la kt shell. takdak lak mesin atm!!!! aduhhh. aku dah nak menangis dah nih. ape nak buat nihhh. dalam dompet cukup untuk duit tol rm5.50 jea. takde lebih. aku pikir agak2 seringgit depa nih terima tak?
dengan airmata yang bergenang-genang, aku masuk dalam kereta. duduk jea terus banjir kereta. hai la nasib kau. mase tu mula la pkir bukan-bukan. takut terberenti tengah jalan. nanti ade org nak culik, damn kepala otak. masa ni la nak pikir mcm tu. masa lain taknak lak pikir. takper. dengan niat tawakal sambil sedu-sedu nangis nih, aku balik. mase tu dah takde mood langsung even nampak petron dekat BBST tuh. mase tu macam merajuk. padahal nak merajuk dengan sapa. masa nak sampai rumah amek la jalan shortcut. sebab cepat sikit sampai. sekali jalan tutup!! halamak. dugaan ape la yang mahu ditunjukkan nihhh. nak pusing jalan punya la jauh. kena u turn. takperla. mase tu ingat sume family ade dekat rumah. sampai jea rumah, sorang pon takde! aku dah la takde kunci rumah. dengan tepon yang takde kredit, takde tenet. aku dah rasa macam putus asa. damn damn damn dalam hati berkali kali. setengah jam jugakla aku berteleku dalam kereta. panas jangan ckp. banjir dah ketiak. pastu tergerak nak cek2 dalam beg kot kot ade topup yang aku tak perasan aku beli ker. cek punya cek jumpa rm5!! alhamdulillah, nasib yang baik masih menyebelahi aku, aku prgi kedai topup belakang rumah. topup, terus kol mama nangis-nangis. manjanye. kahkah! mama suh tunggu sebab dia dekat nilai 3 beli barang sat. takper ma! demi mama kakak sanggup tunggu! hahaha. aku sampai rumah nak dekat pukul 6.30. aku gerak pukul 3.30. bayangkan perjalanan yang hanya memakan masa 45 minit tu jadi berjam-jam lamanya. -_- sedih. pedih. lebih.
begitulah hari spoil aku. bile cerita kat mama, bantai di golak eyh. -_-
ape ape pon. its a memory bak kata mama. yup. its a damn memory yang akan aku ingat smpai bila bila dan pengajaran jangan sesekali kosongkan dompet. hahah.
oke bye. panjangkan karangan aku nih. have fun reading. :)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)









Tiada ulasan:
Catat Ulasan