dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha pengasihani.
Assalamualaikum! ha.. minggu ni dah start dahh sem baru. semalam hari isnin 2 november baru start register subject. aihh. keluh kesah ha tengok subject-subject tuhhh. killer betuii. aihh. anyway. dah sem 5 kot. nak ngeluh apenye kan. mmg di offernye la killer subject nih. inshaallah. akan diteruskan dengan jayanya. cehh. haha. sem kali nih banyak sikit la amek subjek. sebab nak cepat abes. sebab dah tak sabar nak habis study. jeles tengok membe2 lain sume dah dapat pegang sijil. huntunglaaa. bukan hakak tak penah pegang sijil. tapi nak feel lagi. inshaallah. semoga dipermudahkan. amiinn,
anyway! hari ni nak citer buku citer feveret hakak sekarang. heee. sekarang tau. bukan dari dulu. sebab mula-mula aku tak layan langsung pon buku fixi ni. sebab masa mula-mula beli 2 tahun lepas tu rasa macam hmm ape nih? rasa macam banyak merepek. maybe sebab masa tu salah beli tajuk. main hamek jea mana yang rasa berkenan. main tibai jea kan. so memang dah tak lama la beli citer citer cenggitu. well. mula berkecimpung pon sejak si zura tu promote kan aku buku citer fixi. sibuk dia dok hasut-hasut aku baca lahh. baca lahhh. best kak. rugi kalau kau tak baca buku nih kak. hmm perasan tak. kebanyakan post-post aku pasal tabita lah, pasal wattpad lah, sume hasil hasutan zura dekat aku. setan jugak minah ni rupenye. berjaya menghasut orang. hati-hati lah yer. kihkih.
hmm tapi tak sume lah bagi aku sume buku fixi nih best. eyh opkos la kan. macam novel novel lain jugak la kan. tak sume best. only certain certain jea yang best. nak dipendekkan citer. meh sini aku promote citer yang memang menarik perhatian dan minat aku terus sekali dengan penulis dia yang aku kagum sebab berjaya buat kepala otak nih pening dan pusing. -_-
nadia khan. ha nah. kalau pembaca-pembaca buku fixi mesti kenal nadia khan. bagi aku antara penulis yang saaaaaaangat berjaya buat hati aku berkecamuk dan tak dapat tidur sebab nak habiskan jugak citer-citer dia nih. siyes beb. kadang berjaya buat aku jatuh cinta dengan watak dalam citer and then lepastu menghancur remukkan hati aku sebab plot twist dia tuh berjaya betul. nah salah satu citer yang aku rasa berjaya tuh.
Kelabu. yeah. ni lah dia citer nih. sampai sekarang aku duk suruh si aimi baca buku nih. haha. citer nih pasal si Amir. keliru identiti. mula-mula aku hampir jatuh cinta dengan watak amir nih sebab cara dia layan pompuan damn sweet. kuajaq nadia khan nih. haha. sori kak. but after that, aku jadi kiciwa gila viva! rupenye amir nih bukan lah seperti yang disangka di awal cerita. rupenye amir nih perempuan. keliru identiti sejak kecil lagi. aihh nadia khan nih. pandai betul buat cerita yang berjaya mengelirukan kepala otak aku juga berjaya memporak perandakan hati ku. haha. gedik gila. -_- . ha citer nih masih ade lagi dekat kedai buku. p beli cepat! baca dan hayati. haha.
second cerita. masih dengan penulis yang sama.
ha nah. citer nih the best! serius. mindfuck betul. bila dah sampaiiiii jea bab plot twist dia tuh, macam nak tercabut jugak pale otak aku. rupe-rupenye macam nih, dan macam tuh, dan ohh patutlah, dan damnnnnnnnnn shoot. hahaha. nampak tak? nampak tak? citer pasal budak-budak lelaki yang hot dekat asrama. 4 orang sumenye. sume pasal suka mainkan pompuan. kalau membe dapat sorang, yang lain kena kongsi. macam ade 18sx jugak. tapi ni memang nadia khan. suka buat citer luar daripada jangkaan kita. hey, that's what writer do rite? and at the end, masing-masing dapat balasan masing-masing. but serius mindfuck betul. and kesian jugak. haha. aku memang menghayati sume citer-citer yang aku baca. that's why bila ade buku citer yang menyakitkan hati aku, aku boleh berenti terus baca. aku tak kisah tak tahu ending dia macam mana. hewhew. leceh kan.
anyway. selain daripada nadia khan. there's one more penulis yang berjaya buat aku takut nak balik rumah sensorang walaupon siang-siang. haha. nantilah aku update. nak tidoq.
korang kalau ade buku citer yang best-best. kongsi la ke aku yer. jangan malu jangan segan. tapi, plis jangan recommend citer cinta cinta yer. macam mr arrogant ker, suami aku encik perfect ker. plis dont k? sebab aku memang tak baca citer cinta-cinta nih.
tenks for reading guys. k bye
Selasa, 3 November 2015
Langgan:
Ulasan (Atom)










