Halaman

Khamis, 10 September 2015

Tabita skincare

dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha pengasihani

hari ni hari senin. abes kitchen tadi trus rest, mlm ckit kluar tgk wyg. dekat-dekat nak final nih laaa sibuk wayang-wayang semua nak lumba-lumba kluar citer best. macam takde hari lain. tahu tak hakak ni sibuk dengan projek, assemen dan yang sewaktu dengannya? terpaksa lah aku meluangkan masa yang amat sedikit untuk menonton cerita cerita yang disukai. puihh.

well berbalik kepada tajuk, minggu lepas aku berjaya memujuk mama untuk membeli skincare set tabita memandangkan muka aku nih dah berbalik waktu zaman diploma dulu. T_T sedih. pedih. lebih. tu lah akibat suka sangat tukar2 produk. elok-elok muka tuh licin walaupon tak selicin kulit telur, di tukar nyeee produk. adan uke awaa. tidak terhingin la aku untuk menyatakan produk ape yang membuatkan kulit aku sebegini teruk. sebab kalau orang lain guna, elokkkk jea. kalau aku yang guna, dah macam nenek kebayan yang dalam cerita katun2 zaman dulu. padahal beli tempat sama zura beli. aku jeles! ><

so, sebab tu la aku berniat untuk menukar produk sebab guna lama2 tapi kalau memudaratkan tanpa memulihkan pon sakit hati jgk. bila sakit hati kita stress. bila stress jerawat naik. bila jerawat naik, kita stress. eh.....? -_-

so! selepas dipengaruhi oleh si zura. makaa. aku pon men-decide-kan diri untuk membeli set tabita. full set truihh. bkn trial dah. nampak tak gelojohnya kt situ? -_-

tadaaa!!!! full set tabita. dapat free beg  tuhhh. weeeeeeeeeeeee. siap dapat free lotion body lagi tuh. 

selepas membaca kesemua pantang larangnya. mcm okayh!! I can folo it. macam menyusahkan dan menakutkan sikit sebab dalam 2 minggu pemakaian, muka kita akan terasa gatal dan pedih-pedih dan terasa kulit mengelupas. well itu actually memang proses pemulihan dia. So diingatkan / diwarningkan / di beri amaran supaya jangan sesekali menukarin produk bila kulit terasa sebegitu. memang kita akan rasa takut. "oh em geeee, kulit iols pedihnyeww! ni mesti produk tipu nih! hmph!!" terasa macam annoying sikit kalau dibaca dengan gimik skali. tapi! jangan tukar produk tau. inshaallah dengan izinNya, selepas 2 minggu pertama tuh kulit kita akan pulih kembali...

but. for those yang macam tak rasa ape2 pon lepas pakai. tak rasa gatal n pedih n mengelupas pon macam yang selalu dikatakan. itu sebab sebelum nih kita dah biasa pakai krim malam dan siang. so bila dah biasa, kulit kita tidak akan rasa macam tuh. tapi bukan dekat sume org la keyh?? 

AMARAN! tolong jgan pakai any sebarang makeup dimuka mahupon bedak yg secoet tuh. kalau nak cantik, berkorban la sikit demi masa depan tuh. eh? -_- produk daripada indonesia ni pantang larang nih memang ketat sikit. tolong and please and tolong sangat sangat. ikot ape yang dinyatakan dalam produk nih. okay??

gambar?? aku tnjuk gmbar aku memula pakai tabita ni yer. 1st time. after 2 weeks baru aku update lagi, tau tau. 




yup. memang agak teruk. nak menangis. hilang keyakinan. but wattodooo. tanggung la akibat tak jaga muka leklok. teheeee. well bukan itu sahaja. juga aku mempunyai alahan terhadap seafood dimana kebanyakan seafood tu makanan feveret aku. juga aku mempunya resdung yang dah lama tak datang, tapi skg nih rajin lak deme deme ni nyinggah. -_-

anyway. for those yang 1st time nak try tabita mcm aku nih. good luck and banyakkan berdoa juga kena berdisiplin ketika menggunakan set tabita tuh. bukan set tabita jea tau, semuaaaaaaaaa produk skincare korang kena disiplin. dalam diri tuh jangan nak gelojoh sangat pakai sekali trus nak nampak hasilnya. tak tak. dunia ni bukan magic. tapi kalau ade semua nya datang dariNya. 

oke bai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
DESIGN BY THE BLOG DECORATOR