Halaman

Isnin, 14 September 2015

rengsa.

dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha pengasihani

assalamualaikum. hari ni lepak dekat burger king. well tempat ni macam dah jadi tempat wajib lepak dah sekarang nih since sini jea internet nye yang laju and oso tempat yang sangat santai and yang paling penting banyak plug. tu jea. well itu dah jadi satu kewajipan utk pelajar pelajar. kalau pergi mana2 tempat jea mesti kena ade plug. kalau takde memang berdoa and bertawakal jea supaya betri laptop kau tuh boleh tahan smpai kau habis main game. eh?? sebab tu la assemen tak penah nak siap on time. padan muka.

walaupon busy dengan segala project dan assemen, selalu jugak la aku selitselit kan sekali membaca. jyeahh. ini satu penyakit. penyakit paling besar. yang susah nak diubati. bila sekali jea kau dah start membaca, memang lepastu kau nak lepaskan buku tu memang amat dan sangat serta terlalu payah. halahhh. memang sifat manusia nak tahu ape yang jadi. takkan lepas baca mulamula jea terus dah tahu ape cerita nye kan. nak juga tahu jalan cerita. ape yang jadi. kenapa dia jadi macam tuh. ape akibatnya. pengakhirannya macam mane. takkan nak terus tengok akhir. melainkan kalau itu cerita cintan cintun. jangan bagi hakak. hakak memang susah sikit nak layan novel cintan cintun nih. bagi jea la mak hakak. mak hakak memang jiwangness in the world punya orang.

diantara penulis peberet aku opkos dah semestinya Ramlee Awang Murshid. kemonn. sapa jea yang tak suka gaya penulisan yang sangat misterius dan membingungkan otak kadang kadang? kadang kadang tu jugak rasa macam nak campak novel tu sebab terlalu membingungkan kepala otak. ke memang aku ni jenis yang bingung? tak tak. tipu. gaya yang bagi aku sangat menyenangkan. tak memeningkan. and selalu jugak la diselitkan dengan kata kata nasihat, islamik and unik. cerita yang paling terkesan dekat hati and aku rasa dekat semua orang yang membaca tu cerita pasal sunan. damn. rasa macam tak puas baca, nak sambungan lagiiiiiii. pwishh.


rengsa.  penulis nye zharulnizam shah z.a. sebenarnye cerita nih dah lama. diterbitkan sejak tahun 2006. tapi diperbaharui semula covernya menjadikan lebih menarik. cerita yang sangat ringan. and agak menyentuh hati jugak la since watak utamanya adalah budin si torek yang macam bodoh bodoh alang. anak yatim piatu yg kematian ibu dan ayah serentak dengan cara yang sgt misteri. tapi sejak kehilangan ibu dan ayah dia, dia selalu bermimpi bertemu dengan orang tua yang alim yang menunjukkan sape pembunuh ibu dan ayah dia. dia nak balas dendam tapi tataw camne sebab umur nye yang masih mentah. cerita ni more to akibat mengkhianati orang n anak yatim la. sedih weyh. sedih. pon sama. menggunakan unsur mistik dan islamik.

kalau nak tahu lebih lanjut. pegi beli dekat kedai buku berdekatan. aku kedekut. taknak bagi korang. hmph!!! cewahhh.

oke bai.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
DESIGN BY THE BLOG DECORATOR