assalamualaikum and haiiiii *lambai tangan*. sekarang jam menunjukkan pukul 9.20 malam. so dah 6 jam aku berada di burger king. aku dah cipta rekod. tepuk tangan sekarang. give a big applause to me! horray! kalau ade yang lagi lama dari aku diam. okay?? since tetiba semua lecturer terlebih rajin untuk memberi assignment bertubi-tubi so terPAKSA juga la merajinkan diri untuk berteleku di burger king nih berjam-jam lamanya. aku caps lock kan paksa tu. paksa k.. paksa.
so semalam one of projek grouping assemen yang melibatkan cool girls aku sekali adalah customer service. kena la carik company yang kecik dan tolong deme untuk meningkatkan mutu service nya. T_T . aku pilihhhh. QIFA CHAR KUEW TEOW. gulp. telan liuq dulu sebelum start bercerita.
kenapa pilih QIFA?? sebab char kuew teow dia paling terbaik dan terbaik serta sangat baik! serius sedap. menu utama dia memang char kuew teow jea. tapi bukan sembarangan char kuew teow. menu dia macam2 adaaaa. yang berkaitan dengan char kuew teow la. antaranya char kuew teow kerang, char kuew teow lobster, char kuew teow meatball, char kuew teow rusa..... demm. aku tetiba rasa lapaq walaupon awal tadi dah balun kepsi dengan burger king 2 ketul.
haa. nampak tak? nampak tak? jangan la menampakkan kegelojohan aku tuh. nampakkan senarai menu yang baru aku sebutkan tadi tuh. itu baru sikittt. aku tak senarai habis. kalau tak mau besok baru aku update psal QIFA nih sebab rasa macam nak lagiiiiiiiiii. kalau jenih yang suke char kuew teow banyak kuah macam aku nih,QIFA adelah tempat yang paling terbaik. wajib pergi!
QIFA tu tempat dia senang jea korang nak carik. dekat Uptown Kota Damansara. senang kan nak carikk. tak susah pon. harga?? harga dia saaangat berpatutan. serius. even aku yang student nih pon dalam seminggu dah 2-3 kali pergi. memang puas kalau makan 2 pinggan. eh??
ha nah. ni kedai QIFA char kuew teow nih.
zoom in da menuuu
suasana di food court kota damansara. ampunikan saye pada mana2 yang dah termasuk dalam gmbar.
3 orang cools sistor iols yang tengah tak sabar nak makan char kuew teow
muka kenyang masing2. muka aku jea macam tak kenyang kenyang lagi. eh?
jangan lupa noooo singgah QIFA char kuew teow nihhh. dijamin sedap dan mengenyangkan. inshaallah. jangan lupa baca doa sebelum dan selepas makan. konfirm korang akan kenyang. inshaallah dengan izinNya.














Tiada ulasan:
Catat Ulasan