Halaman

Sabtu, 24 Oktober 2015

Wattpad - cerita online

Dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha pengasihani

Assalamualaikum! Fuu. Agak lama jugak la tak mengupdate blog nih. Bukan takde mase. Ade jea masa. Tapi takdak tenet oihh. Minggu lepas busy dengan final exam. Alhamdulillah. Habis sudah zaman sem 4. And now tengah cuti sem menunggu zaman sem 5 lak. Can't wait. Tashabarnye nak habiskan study nihhhhh (><). Penat pale otak.

Anyway. So sekarang cuti sem. Takde la nak pergi bercuti mana-mana pon. Lebih kepada dok kat rumah tak pon tolong mama niaga. Tapi lebih kepada membaca wattpad. APE TUH?!! Ape wattpad tu. Ha ni la nak habaq mai. Ni nak tujukan kepada yang suka membaca tak kira waktu, tempat dan ape2 jea. Tak kira bahasa melayu ker, Indonesia or english. Seram ker, fiksyen ker or love-love. Sumo hadoooo.

Wattpad adelah salah satu novel online yang boleh dibaca secara free jea. Tayah nak bayar. Download jea dekat playstore. Kesemua cerita cerita tu hasil daripada anak-anak remaja. Ouh. Istimewa nya wattpad nih, korang pon boleh reka cerita yang korang nak. Boleh create story. Boleh jadi penulis tak bertauliah. Cewahhh. Best kan? Kan? Bagi mana-mana yang suka create story bolehlah korang adaptasikan cerita korang dekat wattpad nih. Heee.

'Blog pon boleh create story whatt' ha memang la boleh. Bezanya wattpad akan mempromosikan story korang based on cerita ape korang buat. Kalau cerita horror, maka dia akan promote la dekat similar story or recommended. Bezanya wattpad ni korang carik jea horror story, maka segala jenis horror story akan dipromotekan. Kalau best citer korang, dapat la vote dari pembaca-pembaca. Seronot gilaaaa.

Aku?? Aku ade create story. 1 jea baru. X banyak lagi-lagi dengan otak aku yang sentiasa membeku doploh pat jam. So baru 1. Nak baca? Carik sendiri. Padan muka. Sapa suh x donlod wattpad. Dah donlod?? Carik sendiri. Wakakak.

Btw. Aku donlod wattpad ni pon lepas terjebak baca creepyposta dekat twitter. Celaka betul cerita cerita yang diceritakan di creepyposta tersebut. Sampai sekarang aku dok terbayang2. Sampai 3 malam tidur tak tenang. Penakut punya pasal. Tapi ade hati nak baca citer hantu. Puih. Donlod wattpad ni pon sebab zura cakap baanyak lagi citer seram boleh dapat. Sorry. Aku memang jenih x baca citer love story sebab sntiasa mengecewakan. Hewhew.

Tadaaa. Ni la akaun wattpad aku. Tengok aku baru ade 1 cerita. Baru 10 orang baca. Yelah. Aku buat citer ni pon 2 hari lepas.  Heheheh

Ha ni antara cerita yg aku baca. Aku simpan dalam library sebab senang kalau diorg ade update ape2 citer, aku akan dapat notification. Yayy. 

Okelah. Nk sambung baca wattpad. Bye

Isnin, 5 Oktober 2015

testimoni tabita skincare - testimoni 1 bulan

dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha pengasihani

assalamualaikum! ha. lama dah tak update. busy. final exam dah start dah. tu yang busy dengan assemen dan projek kononnye tuh. sebab tuh janji hanya tinggal janji. janji dicapati bukan ditepati. takperla. at least aku nak jugak post blog kat korang. nak tunaikan janji aku kat korang. 

well. sebulan yang lepas aku ade post pasal tabita skincare dan berjanji untuk bagi testimoni after two weeks right? tapi tak. sebab masa tu aku takdak kat mesia nih ha. aku bawak diri ke kowea nuhhhh haaa. membawa hati yang duka dan lara. hewhew. merepek apa aku nih. 

nahh aku tnjuk gmbaq aku after 1 bulan penggunaan tabita skincare







tadaaa!!! haa. ape kata aku? aku nak cakap aku puas hati sangat dengan tabita skincare nih. dia buat kulit aku jadi glowing. pehtu kecutkan jerawat aku. pehtu buat muka aku sinar sinar. pehtu. pehtu. macam macam arhh! korang boleh refer muka sebelum aku guna dekat previous post aku dengan sekarang. korang bandingkan lah sendiri. memang nampak macam sama. tapi slow slow arhh. takkan sebulan pakai trus nak flawless macam hyuna. -_- 

tapi sekarang tabita skincare dah bertukar jadi desi damayanti yer. tapi ape ape pon tetap sama jugak produk. ni pon aku dah sebulan tak buh bedak kat muka sebab tu memang pantang larangnye sepanjang menggunakan produk tabita nih. kena konsisten. takmo malas malas. takmo kayhh. takmo. 

aku tak menggunakan atau memakan atau meminum sebarang collagen pon. sebabnya takdak duit aihh. lagipon kalau minum minum nih aku memang pemalas sikit nak konsisten. kompem sebulan baru aku ingat aku ade minuman tuh. hewhew. ouh untuk pengetahuan korang jugak. tabita pon ade produk lain selain pencuci muka, toner, krim siang malam. contohnye krim jerawat, serum vitamin E, bedak muka and macam macam lagi. korang boleh search dekat internet takpon boleh p tngok insta carik la tabita skincare punya seller. diorang ade jual, 

anyway. aku memang saaangat berpuas hati dengan produk tabita nih. inshaallah aku akan update dari semasa ke semasa tentang testimoni aku nih eyhh eyhh. 

and peringatan. disiplin yer time guna any produk muka pon. =) inshaallah jika diizinkanNya, maka jadilah. kalau tak jadi cuba lagi tau tau. :3 
 
DESIGN BY THE BLOG DECORATOR