Halaman

Ahad, 20 Disember 2015

Hari nih

Dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha pengasihani

Assalamualaikum. Harini rasa macam nk bercerita lagi lah. Since semalam dah start menaip, so gian tu dah start dah. Addicted betul. Tapi tataw nak cerita ape and mula macam mana. 

Anyway. Sekarang ni aku menaip guna tab mama je. Sebab tak bawak laptop balik. "Omg. Tak bahaya ker. Tak kena curi ker nanti,?" So far dah 2 tahun aku duduk dekat rumah tuh, rumah sewa aku tu lah, alhamdulillah takde ape2 pon yang berlaku. . safe and sound. Tapiiiiii.nak kena pindah dah since tuan rumah aku tu cakap dia couldn't afford utk bayor hutang rumah tuh. Sebab ekceli patut 6 orang duk 1 rumah, tapi hanya tinggal 4 orang. Pffffttt. Bukan salah aku. -_- dia yang tak iklankan rumah dia sapa suruh. Bukan kerja aku. Kan? Kan? Hmmmm. Tapi takperlah. Dah dapat pon bilik lain yang lagiiii murah. Ha padan muka. Hahaha. *gelak sorang.

Tak jauh pon pindah. Sebelah block jea. Cuma rasa malas tu macam kena pindah dari nilai ke johor bahru. Or kelantan? Poyo je. Macam pernah duk sana. Memang tak pernah pon. Tapi tahu la jauh dia beribu batu. Hewhew.  So pindah la slow2. Bukan aku sorang jea. Kena la aku heretkan si aimi tu skali. Padan muka dia. Kena gak hadap muka aku untuk setahun lagi. 

So harini hari ahad. Japgi lepas maghrib dah kena balik. Malasnyaaaaa. Nak duk sini jea boleh tak. Berniaga. Lagi seronok. Muak lah. Membe2 sume cakap "kau untung dapat sambung belajar, aku nih ha nak sangat further, tapi xpenah nak dpat" aku ni kalau boleh, kalau keyh, kalau, lagiiiiii nak kerja daripada further. Maybe sebab negative surrounding. Sume menjatuhkan semangat. Mana penah aku bersemangat nak pegi kelas. Dulu time diploma lain. Sebab sekarang ni sume nye negative. 

Ha k lah. Bye

Jumaat, 18 Disember 2015

Testimoni tabita skincare - 3 bulan

Dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha pengasihani..

Assalamualaikum semua!! Damn, lama gila tak update blog. Busy arhh. Dulu boleh la sehari 1 blog post. Kalau tetiba jadi hyperactive sekejap, sampai 2 cerita aku post dalam sehari.

Anyway. There's toooo many story yang aku nak coretkan dalam nih. Tapi macam banyak sangat since there's tooo many incident yang unexpected berlaku dalam hidup aku baru2 nih. Yang memang aku tak jangka. Kadang yang boleh mendatangkan stress aku, menaikkan jerawat akuu. Cakap pasal jerawat, aku baru nk beronok2 dgn korang bahawa aku telah berjaya menurunkan hampir kesemua jerawat dan parut aku. Tenks to tabita bebeh sebab 2 bulan aku pakai mmg mendatangkan hasil yang sangat memberangsangkan. TAPI... Semua tu sekejap jea. Ini adalah disebabkan kedegilan seorang budak bernama nasuha yer. Yerr. Dia sangat degil yer. Walaupon muka tu dah elok. Dah nk hampir flawles katekoo,tapi pantang larang tetap kena jaga yerr. JANGAN PAKAI BEDAK. Haa hamek kau. Dogee. Begaa. Banyak kali dah dikobar an dah. Ha yolah mmg lah dlm blog tabita tu dikobar an boleh pakai bedak lepas sebulan. Tp awak tu muka sensitip tahan maksima nye bapak. Dah tak boleh pakai bedak tu x boleh la kan?

Hmm. Ape nak buat. Dah jadi. Now beli yang baru. Desi Damayanti skincare. Sama jugak dengan tabita. Tabita tu produk lama dia. Produk baru nye nama desi damayanti. Desi ni pengasas tabita dulu. Tapi dah kembali ke rahmatullah. Innalillah. Anyway. Tabita dah tak keluar yer. Yang keluar skg desi damayanti. Ikut information yang aku baca, kalau ade tabita pon kemungkinan besar itu fake ATAU keluaran lama. Tapi serius. Tabita memang dah tak keluar. Banyakkan la buat research bagi nak mengenal pasti mana satu yg fake atau ori.

Btw hakak dan hadik semua. Gambar mmg takde la citer dia sbb muka aku naik jerawat teruk gila pig. Sebab stress dan sebab pemakaian bedak. Jaga muka leklok. Jaga pemakanan. Inshaallah kalau disiplin,berjalan la produk tu. Jgn jadi mcm aku keyh. Suko2 hati nk pakai bedak. Dah tu jerawat tumbuh dkt kawasan dagu dan pipi lak tuh.-_- .anyway. Produk desi nih, kalau nak tengok kesan dia yang paaaaling2 berkesan, pakai sehingga 6-8 bulan. masa tu Korang dah boleh apply jadi stewardess, model, tak pon selfie lah korg doploh pat jam. Sebabnya, muka korg mmg dah elok. Ikot syarat. Ikot pantang larang. Andd banyakkan minum air.andddd jaga pemakanan. Heheheh. Dah macam beauty consultant dah.

Oke bye.

Selasa, 3 November 2015

buku fixi feveret 1

dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha pengasihani.

Assalamualaikum! ha.. minggu ni dah start dahh sem baru. semalam hari isnin 2 november baru start register subject. aihh. keluh kesah ha tengok subject-subject tuhhh. killer betuii. aihh. anyway. dah sem 5 kot. nak ngeluh apenye kan. mmg di offernye la killer subject nih. inshaallah. akan diteruskan dengan jayanya. cehh. haha. sem kali nih banyak sikit la amek subjek. sebab nak cepat abes. sebab dah tak sabar nak habis study. jeles tengok membe2 lain sume dah dapat pegang sijil. huntunglaaa. bukan hakak tak penah pegang sijil. tapi nak feel lagi. inshaallah. semoga dipermudahkan. amiinn,

anyway! hari ni nak citer buku citer feveret hakak sekarang. heee. sekarang tau. bukan dari dulu. sebab mula-mula aku tak layan langsung pon buku fixi ni. sebab masa mula-mula beli 2 tahun lepas tu rasa macam hmm ape nih? rasa macam banyak merepek. maybe sebab masa tu salah beli tajuk. main hamek jea mana yang rasa berkenan. main tibai jea kan. so memang dah tak lama la beli citer citer cenggitu. well. mula berkecimpung pon sejak si zura tu promote kan aku buku citer fixi. sibuk dia dok hasut-hasut aku baca lahh. baca lahhh. best kak. rugi kalau kau tak baca buku nih kak. hmm perasan tak. kebanyakan post-post aku pasal tabita lah, pasal wattpad lah, sume hasil hasutan zura dekat aku. setan jugak minah ni rupenye. berjaya menghasut orang. hati-hati lah yer. kihkih.

hmm tapi tak sume lah bagi aku sume buku fixi nih best. eyh opkos la kan. macam novel novel lain jugak la kan. tak sume best. only certain certain jea yang best. nak dipendekkan citer. meh sini aku promote citer yang memang menarik perhatian dan minat aku terus sekali dengan penulis dia yang aku kagum sebab berjaya buat kepala otak nih pening dan pusing. -_-

nadia khan. ha nah. kalau pembaca-pembaca buku fixi mesti kenal nadia khan. bagi aku antara penulis yang saaaaaaangat berjaya buat hati aku berkecamuk dan tak dapat tidur sebab nak habiskan jugak citer-citer dia nih. siyes beb. kadang berjaya buat aku jatuh cinta dengan watak dalam citer and then lepastu menghancur remukkan hati aku sebab plot twist dia tuh berjaya betul. nah salah satu citer yang aku rasa berjaya tuh.

Kelabu. yeah. ni lah dia citer nih. sampai sekarang aku duk suruh si aimi baca buku nih. haha. citer nih pasal si Amir. keliru identiti. mula-mula aku hampir jatuh cinta dengan watak amir nih sebab cara dia layan pompuan damn sweet. kuajaq nadia khan nih. haha. sori kak. but after that, aku jadi kiciwa gila viva! rupenye amir nih bukan lah seperti yang disangka di awal cerita. rupenye amir nih perempuan. keliru identiti sejak kecil lagi. aihh nadia khan nih. pandai betul buat cerita yang berjaya mengelirukan kepala otak aku juga berjaya memporak perandakan hati ku. haha. gedik gila. -_- . ha citer nih masih ade lagi dekat kedai buku. p beli cepat! baca dan hayati. haha.








second cerita. masih dengan penulis yang sama.

ha nah. citer nih the best! serius. mindfuck betul. bila dah sampaiiiii jea bab plot twist dia tuh, macam nak tercabut jugak pale otak aku. rupe-rupenye macam nih, dan macam tuh, dan ohh patutlah, dan damnnnnnnnnn shoot. hahaha. nampak tak? nampak tak? citer pasal budak-budak lelaki yang hot dekat asrama. 4 orang sumenye. sume pasal suka mainkan pompuan. kalau membe dapat sorang, yang lain kena kongsi. macam ade 18sx jugak. tapi ni memang nadia khan. suka buat citer luar daripada jangkaan kita. hey, that's what writer do rite? and at the end, masing-masing dapat balasan masing-masing. but serius mindfuck betul. and kesian jugak. haha. aku memang menghayati sume citer-citer yang aku baca. that's why bila ade buku citer yang menyakitkan hati aku, aku boleh berenti terus baca. aku tak kisah tak tahu ending dia macam mana. hewhew. leceh kan.

anyway. selain daripada nadia khan. there's one more penulis yang berjaya buat aku takut nak balik rumah sensorang walaupon siang-siang. haha. nantilah aku update. nak tidoq.

korang kalau ade buku citer yang best-best. kongsi la ke aku yer. jangan malu jangan segan. tapi, plis jangan recommend citer cinta cinta yer. macam mr arrogant ker, suami aku encik perfect ker. plis dont k? sebab aku memang tak baca citer cinta-cinta nih.

tenks for reading guys. k bye

Sabtu, 24 Oktober 2015

Wattpad - cerita online

Dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha pengasihani

Assalamualaikum! Fuu. Agak lama jugak la tak mengupdate blog nih. Bukan takde mase. Ade jea masa. Tapi takdak tenet oihh. Minggu lepas busy dengan final exam. Alhamdulillah. Habis sudah zaman sem 4. And now tengah cuti sem menunggu zaman sem 5 lak. Can't wait. Tashabarnye nak habiskan study nihhhhh (><). Penat pale otak.

Anyway. So sekarang cuti sem. Takde la nak pergi bercuti mana-mana pon. Lebih kepada dok kat rumah tak pon tolong mama niaga. Tapi lebih kepada membaca wattpad. APE TUH?!! Ape wattpad tu. Ha ni la nak habaq mai. Ni nak tujukan kepada yang suka membaca tak kira waktu, tempat dan ape2 jea. Tak kira bahasa melayu ker, Indonesia or english. Seram ker, fiksyen ker or love-love. Sumo hadoooo.

Wattpad adelah salah satu novel online yang boleh dibaca secara free jea. Tayah nak bayar. Download jea dekat playstore. Kesemua cerita cerita tu hasil daripada anak-anak remaja. Ouh. Istimewa nya wattpad nih, korang pon boleh reka cerita yang korang nak. Boleh create story. Boleh jadi penulis tak bertauliah. Cewahhh. Best kan? Kan? Bagi mana-mana yang suka create story bolehlah korang adaptasikan cerita korang dekat wattpad nih. Heee.

'Blog pon boleh create story whatt' ha memang la boleh. Bezanya wattpad akan mempromosikan story korang based on cerita ape korang buat. Kalau cerita horror, maka dia akan promote la dekat similar story or recommended. Bezanya wattpad ni korang carik jea horror story, maka segala jenis horror story akan dipromotekan. Kalau best citer korang, dapat la vote dari pembaca-pembaca. Seronot gilaaaa.

Aku?? Aku ade create story. 1 jea baru. X banyak lagi-lagi dengan otak aku yang sentiasa membeku doploh pat jam. So baru 1. Nak baca? Carik sendiri. Padan muka. Sapa suh x donlod wattpad. Dah donlod?? Carik sendiri. Wakakak.

Btw. Aku donlod wattpad ni pon lepas terjebak baca creepyposta dekat twitter. Celaka betul cerita cerita yang diceritakan di creepyposta tersebut. Sampai sekarang aku dok terbayang2. Sampai 3 malam tidur tak tenang. Penakut punya pasal. Tapi ade hati nak baca citer hantu. Puih. Donlod wattpad ni pon sebab zura cakap baanyak lagi citer seram boleh dapat. Sorry. Aku memang jenih x baca citer love story sebab sntiasa mengecewakan. Hewhew.

Tadaaa. Ni la akaun wattpad aku. Tengok aku baru ade 1 cerita. Baru 10 orang baca. Yelah. Aku buat citer ni pon 2 hari lepas.  Heheheh

Ha ni antara cerita yg aku baca. Aku simpan dalam library sebab senang kalau diorg ade update ape2 citer, aku akan dapat notification. Yayy. 

Okelah. Nk sambung baca wattpad. Bye

Isnin, 5 Oktober 2015

testimoni tabita skincare - testimoni 1 bulan

dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha pengasihani

assalamualaikum! ha. lama dah tak update. busy. final exam dah start dah. tu yang busy dengan assemen dan projek kononnye tuh. sebab tuh janji hanya tinggal janji. janji dicapati bukan ditepati. takperla. at least aku nak jugak post blog kat korang. nak tunaikan janji aku kat korang. 

well. sebulan yang lepas aku ade post pasal tabita skincare dan berjanji untuk bagi testimoni after two weeks right? tapi tak. sebab masa tu aku takdak kat mesia nih ha. aku bawak diri ke kowea nuhhhh haaa. membawa hati yang duka dan lara. hewhew. merepek apa aku nih. 

nahh aku tnjuk gmbaq aku after 1 bulan penggunaan tabita skincare







tadaaa!!! haa. ape kata aku? aku nak cakap aku puas hati sangat dengan tabita skincare nih. dia buat kulit aku jadi glowing. pehtu kecutkan jerawat aku. pehtu buat muka aku sinar sinar. pehtu. pehtu. macam macam arhh! korang boleh refer muka sebelum aku guna dekat previous post aku dengan sekarang. korang bandingkan lah sendiri. memang nampak macam sama. tapi slow slow arhh. takkan sebulan pakai trus nak flawless macam hyuna. -_- 

tapi sekarang tabita skincare dah bertukar jadi desi damayanti yer. tapi ape ape pon tetap sama jugak produk. ni pon aku dah sebulan tak buh bedak kat muka sebab tu memang pantang larangnye sepanjang menggunakan produk tabita nih. kena konsisten. takmo malas malas. takmo kayhh. takmo. 

aku tak menggunakan atau memakan atau meminum sebarang collagen pon. sebabnya takdak duit aihh. lagipon kalau minum minum nih aku memang pemalas sikit nak konsisten. kompem sebulan baru aku ingat aku ade minuman tuh. hewhew. ouh untuk pengetahuan korang jugak. tabita pon ade produk lain selain pencuci muka, toner, krim siang malam. contohnye krim jerawat, serum vitamin E, bedak muka and macam macam lagi. korang boleh search dekat internet takpon boleh p tngok insta carik la tabita skincare punya seller. diorang ade jual, 

anyway. aku memang saaangat berpuas hati dengan produk tabita nih. inshaallah aku akan update dari semasa ke semasa tentang testimoni aku nih eyhh eyhh. 

and peringatan. disiplin yer time guna any produk muka pon. =) inshaallah jika diizinkanNya, maka jadilah. kalau tak jadi cuba lagi tau tau. :3 

Ahad, 27 September 2015

rindu

dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha pengasihani..

assalamualaikum..

percaya tak yang aku dah hampir sejam duk menaip untuk update blog tapi sampai sekarang keje aku menaip dan delete, menaip dan delete. repeat again and again. nampak sangat aku lack of idea. nampak sangat jiwa menaip aku dah lari. nampak sangat nafsu blogger aku dah makin berkurang. tapi sebabkan aku rindu nak menaip, aku buat balik blog nih. aku rindu nak bercerita. nak cerita macam2. nak cerita benda-benda yang sedang berlaku dalam hidup. nak cerita tentang isi hati dan luahan hati yang terpendam kononnyaa. bukan tak boleh buat sekarang. boleh jea sekarang nih aku nk cerita macam2. cuma. cuma. aku pilih untuk taknak. maybe faktor usia dan kematangan kepala otak nih kot. kot la kan.

bukan ke sekarang aku tengah meluahkan hati dan perasaan serta jiwa dan raga dan juga termasuk paru-paru dan hempedu. mungkin kerana kebosanan yang melampau, maka sume segala organ dalaman aku masukkan. aihhh. nampak sangat sekarang ni aku ibarat cakap tak serupa bikin. puih.

aku demam. kesian kan. sampai sakit hidung nih dok 'sreett, sroott' . merah ha. dah macam hidung badut. so aku tayah mekap sebab muka dah macam badut dengan hidup yang merah. kenapa cerita nih? nak mintak simpati la tuh??

ha see. nampak tak kenapa aku amek keputusan untuk tak cerita macam2? sebab aku tak jadi diri sendiri. sebab aku terlalu pikir ape orang akan cakap. sebab aku terlalu pikir laaa. haihhhh

k takde ape nk cakap dah. bye.



Sabtu, 19 September 2015

what a day nuha

dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha pengasihani

assalamualaikum. dalam hidup semorang mesti akan ade hari yang bagi korang paling suwey la. malang gila. nasib tak berapa nak baik dan yang sama waktu dengannya. tak kira la macam mane pon hari yang korang lalui tu, tapi konfirm mesti akan ade yang suwey punye. ker berlaku dekat aku sorang jea? -_- aihhh. ape lah nasibb.

semalam hari jumaat. hari cuti dah start. hari aku sepatutnya balik nilai awal sebab hari jumaat tu kelas aku satu jea. mase tu agak bernasib baik jugak la sebab kelas habis awal daripada yang dijangkakan. well kelas tutorial jea pon kan. aku ingat nasib aku baiklah hari nih. masih awal lagi untuk kehidupan ni menunjukkan macam mana dugaan hidup sekarang nih. puih. abes kelas tu terus direct jumpa lecturer aku nak bagi assemen. nasib agak baik sikit sebab tak lama pon nak jumpa dia. kejap jea. then terus balik rumah sewa. niat nak amek passport pukul 2.45 petang. masa tu baru pukul 12.30. gedebak gedebuk kemas rumah, kemas baju ape sume dah pukul 3.30 termasuk berapa lama amek keputusan untuk mekap. typical ladies guyss. macam tak biasa. -_-

pukul 3.30 aku keluar amek passport, alhamdulillah masa tu takde halangan langsung. cuma agak tak sedap hati jugak la since aku tengok minyak kereta dah nak habis. kira kalau aku bawak 100 nih mau berenti aku tetengah jalan. kesian princess sorang nih. nasib baik dalam bank ade baki duit sikit. so boleh lagi lah isi minyak sikit untuk aku balik nilai. mase tu dah pikir nak isi minyak dekat shell belakang umah sebab dekat situ ade bank. sampai sana, dengan muka yang cover cute sebab masa tu aku memang tengah cun melecun, pegi la bank. keluar kan duit. sekali tak dapat. ade problem kata si mesin atm itu. 2-3 kali try. masih tak dapat. damnnn. macam mane nih. ha takpe2, dalam 500 meter ade lagi stesen minyak sebelum toll batu 3. so pegi situ. sekali takde plakkkk atm mesinnnnn. damn lagi sekali.

mase tu rasa macam nak patah balik menara u. tapi tgk minyak, oke masih sempat untuk smpai dekat stesen mnyak subang. mase tu bawak pon 60-70 jea. memang slow. sampai jea stesen minyak dekat subang tuh, tengok dulu ade signboard atm ke tak, ade. alhamdulillah. masuk. sekali. tak on! rosak! damn again n again. bergenang dah air mata nih. awaaa saia tak kuaddd. haha. cembeng gila kot minah sorang nih. tgk minyak lagi sekali. dgn niat tawakal, oke masih sempat untuk sampai ke rnr dengkil. bawak la 60-70. memang tak mengizinkan diri untuk bawak lebih dari 70. bayangkan betapa lajunya kura-kura daripada makcik johana aku nih. kesian makcik. sambil bwk, hiburkan diri dengan lagu-lagu. sampai jea rnr dengkil, ade 2 stesen minyak. singgah petron dulu. tak boleh guna!!!! demmiittttt!!!! takper. shell ade kat sebelah. dengan harapan yang menggunung setinggi gunung everest, pergi la kt shell. takdak lak mesin atm!!!! aduhhh. aku dah nak menangis dah nih. ape nak buat nihhh. dalam dompet cukup untuk duit tol rm5.50 jea. takde lebih. aku pikir agak2 seringgit depa nih terima tak?

dengan airmata yang bergenang-genang, aku masuk dalam kereta. duduk jea terus banjir kereta. hai la nasib kau. mase tu mula la pkir bukan-bukan. takut terberenti tengah jalan. nanti ade org nak culik, damn kepala otak. masa ni la nak pikir mcm tu. masa lain taknak lak pikir. takper. dengan niat tawakal sambil sedu-sedu nangis nih, aku balik. mase tu dah takde mood langsung even nampak petron dekat BBST tuh. mase tu macam merajuk. padahal nak merajuk dengan sapa. masa nak sampai rumah amek la jalan shortcut. sebab cepat sikit sampai. sekali jalan tutup!! halamak. dugaan ape la yang mahu ditunjukkan nihhh. nak pusing jalan punya la jauh. kena u turn. takperla. mase tu ingat sume family ade dekat rumah. sampai jea rumah, sorang pon takde! aku dah la takde kunci rumah. dengan tepon yang takde kredit, takde tenet. aku dah rasa macam putus asa. damn damn damn dalam hati berkali kali. setengah jam jugakla aku berteleku dalam kereta. panas jangan ckp. banjir dah ketiak. pastu tergerak nak cek2 dalam beg kot kot ade topup yang aku tak perasan aku beli ker. cek punya cek jumpa rm5!! alhamdulillah, nasib yang baik masih menyebelahi aku, aku prgi kedai topup belakang rumah. topup, terus kol mama nangis-nangis. manjanye. kahkah! mama suh tunggu sebab dia dekat nilai 3 beli barang sat. takper ma! demi mama kakak sanggup tunggu! hahaha. aku sampai rumah nak dekat pukul 6.30. aku gerak pukul 3.30. bayangkan perjalanan yang hanya memakan masa 45 minit tu jadi berjam-jam lamanya. -_- sedih. pedih. lebih.

begitulah hari spoil aku. bile cerita kat mama, bantai di golak eyh. -_-

ape ape pon. its a memory bak kata mama. yup. its a damn memory yang akan aku ingat smpai bila bila dan pengajaran jangan sesekali kosongkan dompet. hahah.

oke bye. panjangkan karangan aku nih. have fun reading. :)

Isnin, 14 September 2015

rengsa.

dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha pengasihani

assalamualaikum. hari ni lepak dekat burger king. well tempat ni macam dah jadi tempat wajib lepak dah sekarang nih since sini jea internet nye yang laju and oso tempat yang sangat santai and yang paling penting banyak plug. tu jea. well itu dah jadi satu kewajipan utk pelajar pelajar. kalau pergi mana2 tempat jea mesti kena ade plug. kalau takde memang berdoa and bertawakal jea supaya betri laptop kau tuh boleh tahan smpai kau habis main game. eh?? sebab tu la assemen tak penah nak siap on time. padan muka.

walaupon busy dengan segala project dan assemen, selalu jugak la aku selitselit kan sekali membaca. jyeahh. ini satu penyakit. penyakit paling besar. yang susah nak diubati. bila sekali jea kau dah start membaca, memang lepastu kau nak lepaskan buku tu memang amat dan sangat serta terlalu payah. halahhh. memang sifat manusia nak tahu ape yang jadi. takkan lepas baca mulamula jea terus dah tahu ape cerita nye kan. nak juga tahu jalan cerita. ape yang jadi. kenapa dia jadi macam tuh. ape akibatnya. pengakhirannya macam mane. takkan nak terus tengok akhir. melainkan kalau itu cerita cintan cintun. jangan bagi hakak. hakak memang susah sikit nak layan novel cintan cintun nih. bagi jea la mak hakak. mak hakak memang jiwangness in the world punya orang.

diantara penulis peberet aku opkos dah semestinya Ramlee Awang Murshid. kemonn. sapa jea yang tak suka gaya penulisan yang sangat misterius dan membingungkan otak kadang kadang? kadang kadang tu jugak rasa macam nak campak novel tu sebab terlalu membingungkan kepala otak. ke memang aku ni jenis yang bingung? tak tak. tipu. gaya yang bagi aku sangat menyenangkan. tak memeningkan. and selalu jugak la diselitkan dengan kata kata nasihat, islamik and unik. cerita yang paling terkesan dekat hati and aku rasa dekat semua orang yang membaca tu cerita pasal sunan. damn. rasa macam tak puas baca, nak sambungan lagiiiiiii. pwishh.


rengsa.  penulis nye zharulnizam shah z.a. sebenarnye cerita nih dah lama. diterbitkan sejak tahun 2006. tapi diperbaharui semula covernya menjadikan lebih menarik. cerita yang sangat ringan. and agak menyentuh hati jugak la since watak utamanya adalah budin si torek yang macam bodoh bodoh alang. anak yatim piatu yg kematian ibu dan ayah serentak dengan cara yang sgt misteri. tapi sejak kehilangan ibu dan ayah dia, dia selalu bermimpi bertemu dengan orang tua yang alim yang menunjukkan sape pembunuh ibu dan ayah dia. dia nak balas dendam tapi tataw camne sebab umur nye yang masih mentah. cerita ni more to akibat mengkhianati orang n anak yatim la. sedih weyh. sedih. pon sama. menggunakan unsur mistik dan islamik.

kalau nak tahu lebih lanjut. pegi beli dekat kedai buku berdekatan. aku kedekut. taknak bagi korang. hmph!!! cewahhh.

oke bai.



Khamis, 10 September 2015

Tabita skincare

dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha pengasihani

hari ni hari senin. abes kitchen tadi trus rest, mlm ckit kluar tgk wyg. dekat-dekat nak final nih laaa sibuk wayang-wayang semua nak lumba-lumba kluar citer best. macam takde hari lain. tahu tak hakak ni sibuk dengan projek, assemen dan yang sewaktu dengannya? terpaksa lah aku meluangkan masa yang amat sedikit untuk menonton cerita cerita yang disukai. puihh.

well berbalik kepada tajuk, minggu lepas aku berjaya memujuk mama untuk membeli skincare set tabita memandangkan muka aku nih dah berbalik waktu zaman diploma dulu. T_T sedih. pedih. lebih. tu lah akibat suka sangat tukar2 produk. elok-elok muka tuh licin walaupon tak selicin kulit telur, di tukar nyeee produk. adan uke awaa. tidak terhingin la aku untuk menyatakan produk ape yang membuatkan kulit aku sebegini teruk. sebab kalau orang lain guna, elokkkk jea. kalau aku yang guna, dah macam nenek kebayan yang dalam cerita katun2 zaman dulu. padahal beli tempat sama zura beli. aku jeles! ><

so, sebab tu la aku berniat untuk menukar produk sebab guna lama2 tapi kalau memudaratkan tanpa memulihkan pon sakit hati jgk. bila sakit hati kita stress. bila stress jerawat naik. bila jerawat naik, kita stress. eh.....? -_-

so! selepas dipengaruhi oleh si zura. makaa. aku pon men-decide-kan diri untuk membeli set tabita. full set truihh. bkn trial dah. nampak tak gelojohnya kt situ? -_-

tadaaa!!!! full set tabita. dapat free beg  tuhhh. weeeeeeeeeeeee. siap dapat free lotion body lagi tuh. 

selepas membaca kesemua pantang larangnya. mcm okayh!! I can folo it. macam menyusahkan dan menakutkan sikit sebab dalam 2 minggu pemakaian, muka kita akan terasa gatal dan pedih-pedih dan terasa kulit mengelupas. well itu actually memang proses pemulihan dia. So diingatkan / diwarningkan / di beri amaran supaya jangan sesekali menukarin produk bila kulit terasa sebegitu. memang kita akan rasa takut. "oh em geeee, kulit iols pedihnyeww! ni mesti produk tipu nih! hmph!!" terasa macam annoying sikit kalau dibaca dengan gimik skali. tapi! jangan tukar produk tau. inshaallah dengan izinNya, selepas 2 minggu pertama tuh kulit kita akan pulih kembali...

but. for those yang macam tak rasa ape2 pon lepas pakai. tak rasa gatal n pedih n mengelupas pon macam yang selalu dikatakan. itu sebab sebelum nih kita dah biasa pakai krim malam dan siang. so bila dah biasa, kulit kita tidak akan rasa macam tuh. tapi bukan dekat sume org la keyh?? 

AMARAN! tolong jgan pakai any sebarang makeup dimuka mahupon bedak yg secoet tuh. kalau nak cantik, berkorban la sikit demi masa depan tuh. eh? -_- produk daripada indonesia ni pantang larang nih memang ketat sikit. tolong and please and tolong sangat sangat. ikot ape yang dinyatakan dalam produk nih. okay??

gambar?? aku tnjuk gmbar aku memula pakai tabita ni yer. 1st time. after 2 weeks baru aku update lagi, tau tau. 




yup. memang agak teruk. nak menangis. hilang keyakinan. but wattodooo. tanggung la akibat tak jaga muka leklok. teheeee. well bukan itu sahaja. juga aku mempunyai alahan terhadap seafood dimana kebanyakan seafood tu makanan feveret aku. juga aku mempunya resdung yang dah lama tak datang, tapi skg nih rajin lak deme deme ni nyinggah. -_-

anyway. for those yang 1st time nak try tabita mcm aku nih. good luck and banyakkan berdoa juga kena berdisiplin ketika menggunakan set tabita tuh. bukan set tabita jea tau, semuaaaaaaaaa produk skincare korang kena disiplin. dalam diri tuh jangan nak gelojoh sangat pakai sekali trus nak nampak hasilnya. tak tak. dunia ni bukan magic. tapi kalau ade semua nya datang dariNya. 

oke bai.

Khamis, 3 September 2015

QIFA Char kuew teow de bomb!!

dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha pengasihani

assalamualaikum and haiiiii *lambai tangan*.  sekarang jam menunjukkan pukul 9.20 malam. so dah 6 jam aku berada di burger king. aku dah cipta rekod. tepuk tangan sekarang. give a big applause to me! horray! kalau ade yang lagi lama dari aku diam. okay?? since tetiba semua lecturer terlebih rajin untuk memberi assignment bertubi-tubi so terPAKSA juga la merajinkan diri untuk berteleku di burger king nih berjam-jam lamanya. aku caps lock kan paksa tu. paksa k.. paksa. 

so semalam one of projek grouping assemen yang melibatkan cool girls aku sekali adalah customer service. kena la carik company yang kecik dan tolong deme untuk meningkatkan mutu service nya. T_T . aku pilihhhh. QIFA CHAR KUEW TEOW. gulp. telan liuq dulu sebelum start bercerita.

kenapa pilih QIFA?? sebab char kuew teow dia paling terbaik dan terbaik serta sangat baik! serius sedap. menu utama dia memang char kuew teow jea. tapi bukan sembarangan char kuew teow. menu dia macam2 adaaaa. yang berkaitan dengan char kuew teow la. antaranya char kuew teow kerang, char kuew teow lobster, char kuew teow meatball, char kuew teow rusa..... demm. aku tetiba rasa lapaq walaupon awal tadi dah balun kepsi dengan burger king 2 ketul. 

haa. nampak tak? nampak tak? jangan la menampakkan kegelojohan aku tuh. nampakkan senarai menu yang baru aku sebutkan tadi tuh. itu baru sikittt. aku tak senarai habis. kalau tak mau besok baru aku update psal QIFA nih sebab rasa macam nak lagiiiiiiiiii. kalau jenih yang suke char kuew teow banyak kuah macam aku nih,QIFA adelah tempat yang paling terbaik. wajib pergi!

QIFA tu tempat dia senang jea korang nak carik. dekat Uptown Kota Damansara. senang kan nak carikk. tak susah pon. harga?? harga dia saaangat berpatutan. serius. even aku yang student nih pon dalam seminggu dah 2-3 kali pergi. memang puas kalau makan 2 pinggan. eh?? 
ha nah. ni kedai QIFA char kuew teow nih.

 zoom in da menuuu


suasana di food court kota damansara. ampunikan saye pada mana2 yang dah termasuk dalam gmbar.


3 orang cools sistor iols yang tengah tak sabar nak makan char kuew teow

muka kenyang masing2. muka aku jea macam tak kenyang kenyang lagi. eh? 

jangan lupa noooo singgah QIFA char kuew teow nihhh. dijamin sedap dan mengenyangkan. inshaallah. jangan lupa baca doa sebelum dan selepas makan. konfirm korang akan kenyang. inshaallah dengan izinNya. 

Isnin, 31 Ogos 2015

penat

Dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha pengasihani

assalamualaikum..

penat! penattt sangat.. it takes 2 weeks untuk aku complete kan blog ni ikut kepuasan hati aku. and baru skg aku rasa puas and ade rasa terkuat dalam hati ni utk hapuskan segala ketakuan dan kemalu.. (hmm macam dah lain macam dah tuh) untuk share post ni dekat khalayak ramai. 

perfectionist. kena ade dalam setiap jiwa masing2. tapi kalau semuanya tak kena pon tak boleh jgk. hape pon tak jadi. 

kenapa lame sgt? sebab aku suka main2 dengan template n coding. tapi memandangkan aku dah lame sangat tak bermain dengan belog2 nih, skill utk baca code tu dah terhakis sedikit demi sedikit. sedihh. pedihh. lebihh. btw. untuk yang macam malas sgt nak coding2 nih. nah aku amek template aku yang simple nih dari sini

klik link kalau nak


aku suka style nih. simple dan tak menyerabut kan kepala otak yang dah sememangnya serabukkk untuk ngedit2 blog nih. dan juga osemmmmm. osem ke? tapi ade yang kena bayar laaa. macam aku, sebab kan masalahan yang melandaan nih, aku amek free jea arh. studentt. takdak duitt. tapi free dia limited. ade tamat tempohnye. so sape2 yang lucky, dapat arh belog free yang cecantik. bagi aku lahh.

selain tu, aku rekomen kan korang kalau taknak main2 template nih. background ponn bolehh. duluuuuuuu. aku sukaaaaa sgt pegi dekat web nih

klik link kalau nak 

actually banyak lagi. korang cuma kena rajin carik jea. kalau terlebih lak rajin korang, boleh lah main coding2. tak susah pon. baca jea. kalau rajin. kalau eyh. rajin tengok tutorial. rajin usha2 belog orang. jangan lupa belog aku skali tauu. 

k bye.

Ahad, 30 Ogos 2015

kelabu itu grey

dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha pengasihani

assalamualaikum


hello guys. agak lama tak berblog since 2013 i guess la. maybe atas sebab reason (dah sebab nak reason la plak. tah pape tah) yang tak dapat nak dinyatakan di sini atas sebab2 yang tertentu. Tapi atas sebab2 tertentu jugak la aku pikir masak2 sehinggakan hampir rentung untuk recreate blog ini semula. ntah la. maybe sebab rindu nak menaip kot. (padahal boleh jea menaip time nk buat assemen. puihhh). tak la. assemen pe'el dia lain, buat blog lain lak pe'el nya. korang ape tahu. korang tahu korang cun jea. huhhhh.!



kenapa kelabu? kenapa tak coklat? hitam? putih dan sekian?? entah.. puas gak la pikir nama ape nak letak untuk blog nih. aku suka benda yang simple dan senang ingat. juga kelabu salah satu warna peberet aku. kenapa kelabu warna peberet? entahhhhhh. maybe sebab boleh match dengan mana2 warna kottt. see. dari situ korang dah tahu kenapa aku pilih kelabu. pilihan yang tak nampak pon ape. kenapa. dan bagaimana. takde pendirian langsung. huh!!

kenapa buat blog? sebab aku suka. 

k bye..

 
DESIGN BY THE BLOG DECORATOR