Halaman

Sabtu, 13 Ogos 2016

What a nuha!!!

Dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha pengasihani

So. Aku nak bagitahu korang ni. Aku malas sangat nak buat pendahuluan, so kita terus ke isi penting yer. Maafkan saya cikgu kerana tidak mempraktikkan ajaran yang diajar ketika disekolah rendah sehinggalah ke sekolah menengah kerana anak muridmu ini mudah lupa daratan dan dataran. So aku nak bagitahu korang ni. Bukan la bagitahu, more kepada mengadu jugak lahhh. Urmmm muka aku makin teruk *tunduk muka, buat2 sedih* eh! Ape buat2 lak! Btul2 sedih arrrr niiii.

Nah aku tnjuk muka aku skg. 


Haaa teruk jugak la kan? Kan? Kan? Kalau nak dibandingkan dengan muka yg dah nak elok sebelum ni. *buat teruk gila kan pompuan ni*. Dulu lagi teruk. Kira ni boleh dikira sebagai " the 1st stage of kejatuhan seorang nuha" -_-'

Ha? Kenapa leh jadi cmni? Sbelum ni elok jea? Ni sume sebab pompuan ni dok gatal nau tukar2 produk pencuci muka. Elokkkk dah desi damayanti tu dengan muka ni, sekali p tukar dengan alasan susah ngat nak dapatkan produk yg btul2 original. Urmmm. Bagi aku susah laaa. Sebab aku kalau dah beli dekat seorang penjual ni, aku akan terus setia dekat penjual tu. Masalahnyeee mase aku berniat nak tukar tu aku tengah cuti sebulan dan berada di kampung. Jauh laaa nak jalan p shah alam sanaaaaa. Heheheheh. *alasan* ehhh! Suka hati la. Haa so bila dikira balik. Dah 2 bulan laaa aku x cuci muka guna produk desi damayanti tuuu. 

Tapi!!! Kebaikan desi damayanti niii. Aku dah 2 bulan x cuci muka pon, dia tak effect ape2 yang buruk dekat muka pon. Sebab sebelum ni pernah buat research. Banyak yang mengatakan bahawasanya bila dah pakai produk Desi Damayanti Skin Care (DDSC) ni, pstu bila xpakai jea trus muka tu naik jerawat dengan teruknya. Tapi berbeza dengan aku, tak. Memang tak naikpon jerawat dengan teruk seperti yang digembar gemburkan. Cumanya silap aku ni, dah la takde pencuci muka, mekap dengan tebal yang kalau ditampar muka tu mau berjerebu satu nogori. Mana tak naik jerawat? Cuba bagitahu aku. Ni sebab berlagak la ni konon muka tu dah kebal. Konon la kan. Tu laa. Riak. Allah bayar cash terus.

Pencuci ape aku pakai skg ni? Biarlah rahsia. Tp yang pastinya bukan local brand. Ni outside brand punya. Sape cakap beli mahal2 smpai rm200++ boleh elok jea muka tu? Well sepanjang aku guna produk baru keluaran france ni dah sebulan lebih dah pon, aku x titik satu mekap pon kat muka sebab konon untuk berpantang la. Tapi tak. Memang produk ni sangat tak kena dengan muka. Sangat tak serasi. So guysss. Mahal cmne pon produk yg korang pakai tu, tapi kalau tak sesuai dekat muka, memang takkan elok la. Ke sebab aku tak sabar sgt?? -_- tapiiii produk ni brjaya laa buat muka aku naik jerawat dengan hebatnyaa. *menangis tepi penjuru*

So! Aku nak get back balik dgn Desi aku tu. Andddd inshaAllah aku akan get back balik dengan korang soon after aku guna Desi tu yer. Mmuah!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
DESIGN BY THE BLOG DECORATOR