Halaman

Sabtu, 16 Julai 2016

aku yg dirindui.. puih!!

dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha pengasihani

macam biasa.  eleh macam tak biasa.  aku akan cakap,  or tulis yang aku sudah begitu lama jugak yer tak berkecimpung dalam dunia belog membelog nih since internet dah kena potong.  (jangan tanya kenapa kalau taknak kena jentik).  dan bukan itu sahaja,  malahan charger laptop juga hilang salah satu sebab kenapa aku dah lama tak on blog nih.  huhhh.  apelah malang nasib aku.

aku merindui kalian.  kalian kalian yang sudi membaca blog aku which is aku sedar yang takde sapa pon nk baca blog aku yang nyatanya lagi membosankan dari melihat seekor kura2 yang berumur 1000 tahun bergerak dari dapur ke tempat tidurnya.  ye aku tahu agak tak logik jugak la kura2 ade dapur dan bilik tidur tapi kemonlahhhhh,  hidup la anda di dunia fantasi kerana realiti tu sangat menyakitkan!!  huhh!!

semakin comel ni semakin merapu pula.  maybe sebab tak boleh terima direject oleh seorang lelaki yang dah la tak ensem, walaupon muka ade iras2 awal ashaari,  iras-iras yer,  dan jaws yang sgt seksi serta alis mata yg boleh meruntuhkan iman seorang perempuan hatta lelaki sejati juga boleh tangkap cintan,   lepastu memilih pulak!  elehhh.  dah la tak ensem!!! (kebenaran itu sgt sukar ditelan)

sejujurnya aku yang sedang bosan berada dikedai melayan karenah2 customer yang adakalanya minta dipijak,  disembih dan dikuburkan,  maka merepek dkt blog yg aku buka setahun sekali ni dijadikan keutamaan.

oke bye

big boss dah balik

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
DESIGN BY THE BLOG DECORATOR